MUKADIMAH
Menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana dan tuntutan Syar'ie, yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalnya. Maka Pusat Tahfiz dan pengajian agama yang menggabungkan dua sistem cara lama dan baru ini perlu diwujudkan demi melaksanakan perintah Allah yang dibawakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda, tabiin-tabiin dan ulama selepasnya.
Maahad Tahfiz ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai lagi. Dalam pada masa yang sama negara ini akan memiliki rakyat yang cemerlang pemikirannya, gemulang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya.
SINAR HARIAN 13 DISEMBER 2011


Tiada ulasan:
Catat Ulasan