Khamis, 31 Mei 2012

LATAR BELAKANG



OBJEKTIF

  1. Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan Menghafaz Al-Quran  dengan cara yang terbaik.
  2. Melahirkan para Hufaz dan Ulama yang bertakwa, berketerampilan dan di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.
  3. Melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama islam yang suci ini.
  4. Mengimarahkan masjid dengan program Al- Quran dan pengajian ilmu.

FALSAFAH PENDIDIKAN



Membentuk generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa dan berilmu yang bermanfaat kepada agama dan Negara.



DASAR PENDIDIKAN



  1. Melahirkan para Tahfiz yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran dengan sebutan dan tartil tanpa terlupa dan tersilap. Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan Ahkamnya.
  2. Melahirkan para Fuquha' yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syar'ie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia. Mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas didalam segala bidang ilmu islam terutamanya dalam hukum Syarak.
  3. Melahirkan para huffaz dan Ulama' yang bertaqwa dengan penghayatan As Sunnah di dalam kehidupan sebagai Daie ke seluruh alam.





LEMBAGA PENGARAH


Penasihat

Tuan Haji Ahmad Abidi Bin Hasim
Tuan Haji Shaari Bin Awang
 Ustaz Mohd. Firdaus Bin Jaafar

Pengerusi
Ustaz Idrus Bin Ahmad

Setiausaha
Ustaz Muhammad Mujahid Bin Mokhtar

Naib Setiausaha
Ustaz Syakir Naim Bin Mat Resat

Bendahari
En. Mohd. Shubihi Bin Muhamad Zain
En. Azhar Bin Ali

Ahli Jawatankuasa
En. Azhar Bin Ali
En.Khalid Bin Hamdan

BANGUNAN TAHFIZ AHMADIAH


Bilik Tidur Pelajar 



Bilik Tidur 2


Dapur


Dari Pandangan Luar


Dari Pandangan Tepi


Ruang Belajar 1


Tempat Wudhuk

PERASMIAN TAHFIZ AHMADIAH PADA 7 JANUARI 2012








Keratan Akhbar Sinar Harian Selepas Hari Perasmian  


Rabu, 30 Mei 2012

PENGAJIAN

PENGAJIAN HAFIZ

Pengajian tahfiz ini dijangkakan akan mengambil
masa 3 - 4 tahun mengikut kemampuan masingmasing.
Setelah tamat pengajian satu peperiksaan
akan diadakan dan syahadah pengajian akan
diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat
pengajian tahfiz ini adalah seperti berikut :



1. Peringkat Nazirah : Pada peringkat ini pelajar

akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-

Quran, Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.


2. Peringkat Penghafalan : Pelajar akan
memulakan penghafazan Al-Quran bermula dari
Juzu' 30 - 27, dan kemudian dari Juzu' Pertama
hingga pengajian tamat.



3. Peringkat kepakaran : Pelajar yang tamat 30
Juzu' akan membuat pengulangan kepakaran yang
akan mengambil masa aelama 9 bulan. Tertib
pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca
dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh
membaca tanpa membuat satu kesilapan.












PENGAJIAN ALIM

Pengajian alim akan mengambil masa selama 3 - 4
tahun bermula tahun satu hingga tahun empat.
Pelajar-pelajar akan ditumpukan dengan mata
pelajaran kitab tua mengikut peringkat. Antara
kitab-kitab yang akan dipelajari ialah seperti ilmu
nahu, ilmu sorof, fekah, balaghah, ilmu hadith dan
sebagainya. Pada tahun akhir pelajar akan
mengikuti pengajian hadith Bukhari dan Muslim
secara khusus.


Subjek Sokongan
- Bahasa Arab

- Tauhid

- Feqah
- Tafsir
- Ulum Al-Quran
- Hadith



MATA PELAJARAN AKADEMIK


Mata Pelajaran Akademik akan diadakan di
dalam program pendidikanya termasuk
persediaan asas kearah pendidikan formal
dengan mengadakan kerjasama dengan Pejabat
Pendidikan Negeri dan Daerah berkenaan
perkara berkaitan seperti sukatan pelajaran dan
tenaga pengajar, Ini sangat penting kerana masa
depan pelajar bergantung kepada penilaian
akademik untuk melakkan diri sebaris dengan
pelajar-pelajar formal.


Subjek Yang digunakan
- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Matematik
- Multimedia dan ICT


JADUAL WAKTU PELAJAR


WAKTUAKTIVITI
05.00 - 06.00 amBangun tidur, persiapan mengaji,
solat tahajud & mula mengaji.
06.00 - 06.30 amSolat fardhu subuh 7 Bacaan
06.30 - 07.30 amyasin
07.30 - 08.30 amPengajian
08.30 - 11.30 amSarapan pagi & khidmat
11.30 - 01.00 pmPengajian
01.00 - 01.45 pmBangun tidur & persiapan
01.45 - 02.00 pmSolat Zohor
02.00 - 04.30 pmMakan tengahari
04.30 - 05.30 pmPengajian
05.30 - 06.30 pmSolat Asar, Fardhu Ain
06.30 - 07.00 pmRiadah
07.00 - 07.30 pmPersiapan solah maghrib
07.30 - 07.45 pmManzil & wirid harian
07.45 - 08.45 pmSolat Maghrib
08.45 - 09.00 pmPengajian
09.00 - 09.30 pmSolat Isyak
09.30 - 10.30 pmMakan Malam
10.30 - 11.00 pmPengajian
11.00 - 05.00 amRehat




          YURAN PENGAJIAN

·         PENDAFTARAN  = RM 250.00
·         TAHUNAN             = RM 100.00
·         BULANAN             = RM 250.00

Ahad, 27 Mei 2012

DERMA


HADIS

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Ayat 261, Surah al-Baqarah)

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
(H/R. Bukhari).


Sebarang Bantuan Dan Sumbangan
Berbentuk Kewangan Boleh
Disalurkan Melalui :
CIMB ISLAMIC BANK
No. Akaun : 02180000371104
Diatas Nama :
TAHFIZ AHMADIAH

HUBUNGI

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ

PLOT 28030,
JALAN PERMAIPURA 5,
PERMAIPURA,
08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN.

ALAMAT PEJABAT

NO.34, JALAN SELESA 1,
 TAMAN SELESA,
08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04 - 4586222
FAX : 04 - 4589222
EMAIL : Tahfizahmadiah@ymail.com

MUKADIMAH

MUKADIMAH

Menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana dan tuntutan Syar'ie, yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalnya. Maka Pusat Tahfiz dan pengajian agama yang menggabungkan dua sistem cara lama dan baru ini perlu diwujudkan demi melaksanakan perintah Allah yang dibawakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda, tabiin-tabiin dan ulama selepasnya.
     Maahad Tahfiz ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai lagi. Dalam pada masa yang sama negara ini akan memiliki rakyat yang cemerlang pemikirannya, gemulang dalam sejarahnya dan terbilang dari segi kualitinya. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya. 



PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2012








SINAR HARIAN 13 DISEMBER 2011