Rabu, 30 Mei 2012

PENGAJIAN

PENGAJIAN HAFIZ

Pengajian tahfiz ini dijangkakan akan mengambil
masa 3 - 4 tahun mengikut kemampuan masingmasing.
Setelah tamat pengajian satu peperiksaan
akan diadakan dan syahadah pengajian akan
diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat
pengajian tahfiz ini adalah seperti berikut :



1. Peringkat Nazirah : Pada peringkat ini pelajar

akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-

Quran, Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.


2. Peringkat Penghafalan : Pelajar akan
memulakan penghafazan Al-Quran bermula dari
Juzu' 30 - 27, dan kemudian dari Juzu' Pertama
hingga pengajian tamat.



3. Peringkat kepakaran : Pelajar yang tamat 30
Juzu' akan membuat pengulangan kepakaran yang
akan mengambil masa aelama 9 bulan. Tertib
pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca
dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh
membaca tanpa membuat satu kesilapan.












PENGAJIAN ALIM

Pengajian alim akan mengambil masa selama 3 - 4
tahun bermula tahun satu hingga tahun empat.
Pelajar-pelajar akan ditumpukan dengan mata
pelajaran kitab tua mengikut peringkat. Antara
kitab-kitab yang akan dipelajari ialah seperti ilmu
nahu, ilmu sorof, fekah, balaghah, ilmu hadith dan
sebagainya. Pada tahun akhir pelajar akan
mengikuti pengajian hadith Bukhari dan Muslim
secara khusus.


Subjek Sokongan
- Bahasa Arab

- Tauhid

- Feqah
- Tafsir
- Ulum Al-Quran
- Hadith



MATA PELAJARAN AKADEMIK


Mata Pelajaran Akademik akan diadakan di
dalam program pendidikanya termasuk
persediaan asas kearah pendidikan formal
dengan mengadakan kerjasama dengan Pejabat
Pendidikan Negeri dan Daerah berkenaan
perkara berkaitan seperti sukatan pelajaran dan
tenaga pengajar, Ini sangat penting kerana masa
depan pelajar bergantung kepada penilaian
akademik untuk melakkan diri sebaris dengan
pelajar-pelajar formal.


Subjek Yang digunakan
- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Matematik
- Multimedia dan ICT


JADUAL WAKTU PELAJAR


WAKTUAKTIVITI
05.00 - 06.00 amBangun tidur, persiapan mengaji,
solat tahajud & mula mengaji.
06.00 - 06.30 amSolat fardhu subuh 7 Bacaan
06.30 - 07.30 amyasin
07.30 - 08.30 amPengajian
08.30 - 11.30 amSarapan pagi & khidmat
11.30 - 01.00 pmPengajian
01.00 - 01.45 pmBangun tidur & persiapan
01.45 - 02.00 pmSolat Zohor
02.00 - 04.30 pmMakan tengahari
04.30 - 05.30 pmPengajian
05.30 - 06.30 pmSolat Asar, Fardhu Ain
06.30 - 07.00 pmRiadah
07.00 - 07.30 pmPersiapan solah maghrib
07.30 - 07.45 pmManzil & wirid harian
07.45 - 08.45 pmSolat Maghrib
08.45 - 09.00 pmPengajian
09.00 - 09.30 pmSolat Isyak
09.30 - 10.30 pmMakan Malam
10.30 - 11.00 pmPengajian
11.00 - 05.00 amRehat




          YURAN PENGAJIAN

·         PENDAFTARAN  = RM 250.00
·         TAHUNAN             = RM 100.00
·         BULANAN             = RM 250.00

Tiada ulasan: